Blogroll

Saturday, 4 January 2014

06:29



TIPS BAGI MENGELAKKAN DARIPADA DITIPU DI ALAM SIBER
  1. Sebelum berurusan jual beli di Internet, pastikan dahulu identiti orang yang anda berurusan adalah betul.
  2. Pastikan anda tahu maklumat-maklumat penting penjual tersebut seperti alamat, nombor telefon,email dan maklumat- maklumat penting lain.
  3. Sila buat semakan dengan pihak bank mengenai nombor akaun yang diberikan kepada anda. Pastikan ia adalah nombor akaun milik penjual yang sebenar.
  4. Sekiranya anda ada berhubung dengan penjual melalui email, sila simpan email tersebut bersama-sama dengan ‘Full Email Header’.
  5. Sekiranya anda ada berhubung melalui telefon dengan penjual tersebut, sila simpan segala log file yang ada termasuk   sms dan ‘log file’ dan ‘call history’.
  6. Simpan resit pembayaran/ slipbank bagi urusan jual beli barangan tersebut.
  7. Cuba elakkan daripada membeli barang-barang yang ditawarkan di Internet pada harga yang terlalu murah daripada harga asal oleh orang persendirian.


TIPS JIKA DITIPU DI ALAM SIBER 
  1. Cetak segala komunikasi dengan penjual seperti komunikasi di ‘Wall’, ‘Private Message’, email, sms,telefon dan sebagainya.
  2. Cetak maklumat-maklumat penjual/ suspek yang terdapat di akaun facebook tersebut.
  3. Cetak gambar-gambar produk yang ingin dibeli tersebut.
  4. Simpan resit pembayaran/ slipbank bagi urusan jual beli barangan tersebut.
  5. Bawa semua perkara di atas kebalai polis dan buat laporan polis secepat yang mungkin.
  6. Teruskan berhubung dengan suspek dan melengah-lengahkan agar komunikasi dengan suspek tidak putus.
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai penipu siber, sila salurkan maklumat  ke mcc@rmp.gov.my untuk tindakan dan siasatan pihak polis.

LAPOR KEPADA PIHAK POLIS SEKIRANYA ANDA BERTEMU ATAU MENJADI MANGSA PENIPU SIBER

PDRM sentiasa memantau dan mengikuti perkembangan jenayah seumpama ini. PDRM ingin menasihatkan semua pengunjung Internet supaya sentiasa berwaspada dan mengelakkan diri menjadi mangsa penipu siber.




Info dari : http://www.rmp.gov.my

0 comments:

Post a Comment