Blogroll

Saturday, 4 January 2014

06:28

Pernahkah anda melihat atau terbaca iklan menawarkan pekerjaan menarik yang boleh dilakukan di rumah? Pekerjaan tersebut menawarkan gaji lumayan dan kerja yang ditawarkan adalah mudah seperti menaip dan mengisi katalog dalam sampul surat. 

Kegiatan ini merupakan teknik penipuan oleh sindiket untuk menjerat mangsa yang ingin mencari rezeki sampingan, suri rumah yang ingin bantu meringankan beban tanggungan keluarga dan individu yang mudah tertarik dengan tawaran lumayan.

Modus Operandi
1. Suspek masukkan iklan kecil dalam akhbar harian untuk menarik perhatian mangsa
2. Suspek menggunakan alamat palsu / tidak wujud, pejabat kosong, pejabat orang lain atau alamat peti surat perkhidmatan pos agar identiti serta kegiatan mereka sukar dikesan
3. Orang yang tertarik boleh terus hubungi syarikat terbabit melalui telefon bimbit atau SMS
4. Suspek akan minta nama dan alamat mangsa untuk mengirimkan borang pendaftaran
5. Mangsa diminta masukkan wang deposit (wang pendaftaran kerja) ke dalam akaun syarikat atau dibayar melalui kiriman wang, cek serta wang pos
6. Mangsa kemudiannya perlu mengirim borang pendaftaran yang diisi bersama slip bank ke alamat syarikat berserta dengan satu sampul kosong bersetem
7. Setelah mangsa kirim semua dokumen diminta, suspek akan hilangkan diri

Nasihat polis
1. Jangan mudah percaya dengan iklan yang disiarkan terutamanya yang meminta berhubung melalui telefon bimbit atau SMS
2. Dapatkan pengesahan perkhidmatan tawaran syarikat daripada Kementerian Sumber Manusia
3. Dapatkan khidmat nasihat daripada Tribunal Tuntutan Pengguna Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
4. Waspada akan teknik membuat bayaran dahulu, sebelum mendapat atau menerima sebarang perkhidmatan atau kerja yang ditawarkan


0 comments:

Post a Comment