Assalamualaikum semua ... post ni merupakan
satu cerita yang agak sedih .. ya .. kasih ibu sangat besar .. lebih besar dari segalanya, lebih berharga dari nilai gaji yang kita dapatkan .. tetapi mengapa kita harus jadi sedemikian rupa ... bacalah dengan teliti cerita ini ... hargailah mereka selagi mereka ada di dunia ...
Pada suatu hari, seorang pemuda yang bernama Faizal terlibat dalam kemalangan. Dia dilanggar oleh sebuah teksi di sebuah jalan raya.
Akibat dari kemalangan itu,dia cedera parah. Kepalanya luka, tangannya patah dan perutnya hampir terburai. Setibanya di hospital, doktor mengatakan kecederaan yang faizal alami terlalu parah dan kemungkinan dia tidak ada harapan lagi untuk hidup. Ibunya, Jamilah segera dihubungi dan diberitahu tentang musibah yang menimpa anaknya.
Hampir pengsan Jamilah mendengar berita tentang anaknya itu. Dia segera bergegas ke hospital di mana tempat anaknya dimasukkan.Berlinang air mata ibu melihat keadaan anaknya. Meskipun telah diberitahu bahawa anaknya sudah tiada harapan lagi untuk diselamatkan, Jamilah tetap tidak henti-henti berdoa dan bermohon kepada Allah agar anaknya itu selamat.
Hari berganti minggu, minggu berganti bulan, keadaan Faizal tidak banyak berubah. Saban hari Jamilah akan datang menjenguk anaknya itu tanpa jemu. Saban malam pula Jamilah bangun untuk menunaikan solat malam bertahajjud kepada Allah memohon keselamatan untuk anaknya. Dalam keheningan malam, sambil berlinangan air mata, Jamilah merintih meminta agar anaknya disembuhkan oleh Allah.
Berikut adalah antara doa Jamilah untuk anaknya itu;
"Ya Allah ya Tuhanku, kasihanilah aku dan kasihanilah anak aku. Susah payah aku membesarkannya, dengan susu aku yang Engkau anugerahkan kepadaku, aku suapkan ke dalam mulutnya. Ya Allah, aku pasrah dengan apapun keputusan-Mu! Aku redha dengan qada 'dan qadar Mu yaa Allah. "
"Ya Allah, dengan air mataku ini, aku bermohon kepadaMu, Engkau sembuhkanlah anakku dan janganlah Engkau cabut nyawanya. Aku sangat sayang kepadanya. Aku sangat rindu kepadanya. Susah rasanya bagiku untuk hidup tanpa anakku ini.suaranya sentiasa terdengar di telingaku memanggil-manggil aku ibunya. "
"Ya Allah, tidak ada Tuhan melainkan hanya Engkau saja. Tunjukkanlah kuasa Mu ya Allah. Aku redha kalau anggota badanku dapat didermakan kepadanya agar dengannya dia dapat hidup sempurna kembali. "
"Ya Allah, aku redha nyawaku Engkau ambil sebagai ganti asalkan Engkau hidupkan anakku. Engkaulah yang Maha segala hal, berkat kebesaran Mu ya Allah, terimalah doaku ini .... aamiin ".
Keyakinan Jamilah terhadap kekuasaan Ilahi sangat kuat meskipun tubuh anaknya hancur cedera dan dikatakan sudah tidak ada harapan lagi untuk hidup. Namun, Allah benar-benar mahu menunjukkan kebesaran dan kekuasaan.
Setelah 5 bulan terlantar, akhirnya Faizal menampakkan tanda-tanda kesembuhan dan akhirnya dia sembuh sepenuhnya. Berkat doa seorang ibu yang ikhlas.
Faizal dapat terus hidup sampai berumahtangga dan beranak-pinak. Ibunya, Jamilah semakin hari semakin tua dan uzur.
Suatu hari, Jamilah yang berusia hampir 75 tahun jatuh sakit dan di masukkan ke hospital. Awalnya, Faizal masih mengunjungi dan menjaga ibunya di hospital. Tetapi semakin hari semakin jarang dia datang menjenguk ibunya sampai pada suatu hari pihak hospital menghubunginya untuk memberitahukan keadaan ibunya yang semakin nazak.
Faizal segera bergegas ke hospital. Di situ, Faizal meratapi keadaan ibunya yang semakin lemah. Nafas ibunya turun naik. Doktor memberitahu bahawa ibunya sudah tidak ada waktu yang lama untuk hidup. Ibunya akan menghembuskan nafasnya yang terakhir pada bila bila masa saja.
Melihat keadaan ibunya yang sedemikian dan konon beranggapan ibunya sedang terseksa, lantas Faizal terus menadah tangan dan berdoa seperti ini;
"Ya Allah, seandainya mati lebih baik untuk ibu, maka Engkau matikanlah ibuku! Aku tidak sanggup melihat penderitaannya. Ya Allah, aku akan redha dengan kepergiannya ... aamin. "
Begitulah bezanya doa ibu terhadap anak dan doa anak terhadap orang tuanya. Ketika anak sakit, walau seteruk mana sekalipun, walau badan hancur sekalipun, walau anak tinggal nyawa-nyawa ikan sekalipun, namun orang tua akan tetap mendoakan semoga anaknya diselamatkan dan dipanjangkan umur.
Tetapi anak-anak yang dikatakan 'baik' pada hari ini akan mendoakan agar ibu atau bapaknya yang sakit agar segera diambil oleh ALLAH, padahal orang tua itu baru saja sakit. Mereka meminta pada Allah agar segera mematikan ibu atau bapanya, kononnya tidak sanggup lagi melihat 'penderitaan' orang tuanya.
Anda pula bagaimana? Jika anda sebagai ibu apa doa anda dan jika anda sebagai seorang anak apa pula doa Anda untuk orang tua Anda?renung renung kan ....
Monday, 6 January 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment