Antara Cinta Dan Suka
Kali ini kita akan mengupas persoalan yang sentiasa bermain diminda orang yang keliru tentang cinta..
Banyak orang yang beranggapan bahawa sebenarnya tidak ada perbezaan cinta dan suka
Namun, jika kita perhatikan lebih detail, sebenarnya ada perbezaan di antara suka dan cinta.
Mengenai hal ini,kita juga perlu memahami khususnya bagi kita yang mulai menginjak remaja dan perbezaan tersebut dapat difahami dengan menguraikan definisi dari suka dan juga cinta.
Jum tengok ciri-ciri dan perbezaan CINTA & SUKA :
- Didepan orang yang kita cintai, jantung kita akan berdetak cepat dan merasa bahagia.
Tapi didepan orang yang kita suka, kita hanya merasa suka.
-Jika kita menatap mata orang yang kita cintai, wajah kita akan merah padam kerana malu.
Tapi didepan orang yang kita suka, kita hanya tersenyum.
-Didepan orang yang kita cinta, seakan kita tidak boleh mengeluarkan apa yang ada di fikiran kita.
Tapi didepan orang yang disukai, bermacam-macam perkara kita bercerita dengan dia.
-Didepan orang yang kita cintai, kita akan menjadi seorang yang pemalu.
Didepan orang yang kita suka, kita bebas berbuat apa-apa sahaja perangai yang pelik.
-ketika orang yang kita cinta marah,Kita mungkin tidak berani menatap langsung ke arah mata dia.
Beza dengan orang yang kita suka, kita masih boleh berdebat dengan dia tanpa rasa segan.
-Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan sedih dan rasa gelisah jika tidak dapat memujuk nya .
Tetapi dengan orang yang kita suka, kita akan berusaha menghiburkannya.
"Walauapapun,perasaan CINTA itu tidak akan hadir tanpa rasa SUKA.. dari mata turun ke hati,itulah pepatah yang sering kita nampak atau dengar.Manusia boleh mula suka antara satu sama lain dengan berkawan,dari berkawan akan timbul rasa ingin mengetahui dan mengambil berat,kelama-lamaan,perasaan itu akan bertukar kepada rasa cinta tanpa kita sedari..Jadi hargailah setiap insan yang ada disekeliling kita,jangan mudah berkawan jika tidak ingin mudah mencintai..
kerana MENCINTAI TANPA DICINTAI itu sangat perit rasanya.."
0 comments:
Post a Comment