Blogroll

Sunday, 5 January 2014

06:05

Ramai wanita ingin mencari maklumat mengenai  cara mudah untuk bersalin terutamanya bagi kaum hawa yang kali pertama melahirkan anak.Sebenarnya, memang ada cara-cara tertentu atau kemahiran dan tips yang perlu kita tahu,belajar,faham dan berlatih untuk meneran dengan cara yang betul ketika bersalin normal.


Nak bagi tak sakit langsung tu kind of impossible sebab sakit itu nikmat yang dikurnia Allah untuk wanita dan penghapus atau kafarah dosanya yang lalu. Sebab tu,jangan mengeluh sakit bila dekat2 nak melahirkan, sebaliknya basahilah lidahmu dengan bacaan zikir dan doa sebanyak-banyaknya kepada Allah.


Antara points yang penting tersebut ialah:
1. Amalkan minum air kelapa semasa mengandung, lebih-lebih lagi bila di akhir kehamilan

2. Boleh gunakan teknik hypnobirthing sepanjang kehamilan.  Berbual dengan bayi dan diri sendiri agar mudah melahirkan.

3. Dapatkan ketenangan fikiran semaksima yang mungkin di akhir kehamilan

4. Bagi suami,ibu dan ayah ,maafkan semua dosa isteri dan anak .

5. Sibukkan diri dengan membuat kerja rumah.

6. Bersetubuh dengan suami lebih kerap di hujung kehamilan.

7. Banyakkan berjalan sehingga saat-saat terasa hendak bersalin, selagi mampu :).  Bila tak mampu duduk tepi katil dan bongkokkan badan ke depan.  Pergerakan yang banyak menyebabkan kontraksi berlaku.

8. Baca ayat-ayat al-quran semasa terasa sakit hendak bersalin seperti ayat kursi.  Paling mudah ucapkan subhanallah berulang-ulang.

9. Cuba untuk buang air kecil dengan kerap kerana pundi kencing yang tidak penuh akan memudahkan kepala bayi keluar.

10. Gunakan teknik meneran yang disarankan doktor.  Salah satunya seperti di bawah :

 ~ Berbaringlah dengan lutut berlipat dan kedua kaki dibuka.
 ~ Angkat kepala, dagu cecah dada.
 ~ Mata pandang perut (digalakkan tutup mata)
 ~ Tangan pegang buku lali kaki
 ~ Masa teran jangan keluarkan suara.
 ~ Masa teran jangan angkat punggung.
 ~ Baca bismillah atau apa-apa doa yang terlintas difikiran.
 ~ Tarik nafas dalam-dalam, tutup mulut dan teran (bayangkan kita nak beri oksigen pada baby) . 

"Sedikit  perkongsian yang diharapkan dapat mendatangkan manfaat dan juga memberi impak maksima buat kaum hawa yang bakal bergelar ibu."

0 comments:

Post a Comment