Blogroll

Saturday, 4 January 2014

06:11
Di sini, kami mengumpulkan beberapa tips dan helah kecantikan yang kedengaran pelik tetapi sangat berkesan untuk digunakan. Semoga and dapat menyelesaikan masalah yang mengecewakan anda dengan helah dan tips seperti di bawah: 

1. Untuk mengelakkan pemakaian maskara yang comot, gunakan sudu plastik pada kelopak mata anda apabila memakai maskara. Dengan cara, lebihan maskara yang comot itu akan terkena pada sudu, bukan pada kelopak atau bahagian mata anda.

2. Untuk mengurangkan mata sembab, kupas kentang dan potong secara nipis. Kemudian, letakkan pada bahagian mata anda selama 10 minit. Kentang akan menyejukkan mata anda dan mana-mana bengkak akan berkurangan. 

3. Jika anda mempunyaiselulit yang mula berleluasa di bahagian badan anda, gunakan serbuk kopi sebagai skrub badan. Ini kerana kafein akan merangsang sel-sel kulit dan menggunakannya sebagai skrub lantas menyingkirkan mana-mana kulit mati yang cuba menghodohkan kulit anda. 

4. Rambut anda perlukan rawatan kelembapan? Mudah saja. Ambil mayonis daripada peti ais anda dan sapukan pada rambut selama kira-kira 20 minit. Untuk kesan yang lebih baik, gunakan pengering rambut anda supaya haba tersebut dapat mengaktifkan kesan positif mayonis. 

5. Jika pengilat kuku anda seolah-olah kering dan mempunyai buih-buih kecil di dalamnya, itu mungkin kerana ia disimpan di tempat yang panas. Anda digalakkan untuk menyimpan penggilap kuku anda di dalam peti sejuk dan sudah semestinya suhu sejuk akan memastikan bahawa ia sentiasa baik. 

6. Selepas bersenam, sesetengah orang mempunyai isu di mana muka mereka akan menjadi yang merah dan mengambil banyak masa untuk hilang. Untuk mengurangkannya, cubalah ambil 'antihistamin'. 

7. Tip ini sangat bagus untuk kaki yang sering melecet. Jika anda baru sahaja membeli kasut baru, jangan terus memakainya. Gosokkan sedikit 'Vaselin' pada bahagian yang sering melecet kerana ia akan mengurangkan geseran pada bahagian tersebut supaya anda tidak akan melecet yang teruk seperti sebelumnya. 

8. Pengilat kuku jenis 'glitter' sangat leceh untuk dihilangkan. Namun, anda boleh cuba tip ini. Rendam kapas dalam cecair untuk menghilangkan pengilat kuku, dan letakkan pada kuku anda. Balut hujung jari anda menggunakan kerajang timah dan biarkan selama lima minit. Ia akan tertanggal dengan senang. 

10. Dalam tergesa-gesa selepas membuat rawatan 'manicure' di rumah? Rendam jari anda di dalam air sejuk selama tiga minit dan kuku anda akan jadi kering dan kelihatan hebat.

0 comments:

Post a Comment