Selepas itu, anda akan cuba menghubungi waris atau kenalan mangsa untuk memberitahu mengenai kejadian yang berlaku. Tetapi timbul pula sedikit kesukaran apabila mangsa tidak sedarkan diri dan telefon pintar dipasang dengan pin keselamatan. Sebelum ini, telah terjadi beberapa kejadian sehingga orang ramai yang berada di lokasi terpaksa menghebahkan melalui laman sosial untuk mengenalpasti mangsa memandangkan telefon mangsa sendiri dikunci dengan 'screen lock'.
Memandangkan di Malaysia sistem ICE masih lagi tidak digunakan dengan meluas tetapi di barat, perkara ini boleh menjadi satu kewajipan dan dihebahkan sebagai kempen kesedaran umum. Kempen ini telah bermula sejak tahun 2005 di United Kingdom.
Apa itu ICE?. Ianya singkatan untuk In Case of Emergency atau dialih bahasanya kepada ‘jika berlaku kecemasan’.
Apakah perkara penting dalam ICE?.
Pilih kenalan atau keluarga yang berdekatan dengan anda. Masukkan segala maklumat berkaitan dalam phone book anda.
Beritahu mereka dipilih sebagai ICE dan beritahu segala keperluan perubatan anda seperti mengambil insulin dan sebagainya.
Namakan dengan akronim yang mudah dan sama seperti ICE Isteri, ICE Abang.
Jika anda meletakkan lebih dari seorang, buat turutan mengikut kepentingan sepertiICE1 Isteri, ICE2 Abang, ICE3 Ayah.
Tutorial : Mencari dan Menambah nombor ICE
1. Tahukah anda di dalam android telah tersedia ‘group’ untuk ICE. Anda hanya perlu memilih dan masukkan nombor yang berkenaan sahaja.
Untuk mencari nombor yang perlu dihubungi jika anda menjadi orang terawal di lokasi.
a. Tekan butang ‘HOME’ dan pilih ‘Emergency Call’
b. Pilih symbol yang berkenaan
c. Pilih dan hubungi nombor yang tertera
2. Menambah nombor ICE
a. Buka phone book anda dan pilih nombor yang berkenaan dan namakan semula (contoh: rujuk gambar di atas)
b. Skroll ke bawah dan pilih ‘group/kumpulan’
c. Pilih senarai berikut; ‘ICE – emergency contact’
0 comments:
Post a Comment