Ramai yang selalu tanya macam mana nak khusyuk dalam solat,bila tiba waktu untuk solat,fikiran manusia akan terfikir akan benda yang lain-lain,sebenarnya jiwa dan minda kita akan fokus kan sesuatu perkara yang kita inginkan jadi,secara tidak langsung fikiran kita akan menumpukn perhatian kearah situ.
Solat sebenarnya bukan hanya sekadar bacaan dan pergerakkan yang perlu kita lakukan,bukan hanya tahu baca dan mengikut cara-cara solat sedangkan kita tidak menghayati solat itu.
Khusyuk hanya akan lahir dari hati yang faham apa itu solat dan makna disebalik bacaan solat..
Dibawah ini adalah beberapa rahsia khusyuk ketika menunaikan solat :
1) Kosongkan hati daripada sesuatu yang tidak berkaitan ketika solat (hal keduniaan).
2) Memahami makna bacaan dalam solat.
3) Mengagungkan Allah atas kehadiran hati yang cuba dicari dalam solat.
4) Hadirnya perasaan takut dan takwa kepada Allah.
5) Mengharap balasan Allah dan memohon dijauhkan daripada neraka buat orang yang lali dalam solat.
6) Malu apabila berada di hadapan Allah.
7) Solat tepat pada waktu dan tidak menangguh.
8) Pakaian yang digunakan dalam solat hendaklah bersih daripada najis,begitu juga dengan sejadah.ia hendaklah bersih dan tidak mempunyai gambar-gabar yang boleh melalaikan solat.
9) Membuang air kecil atau air besar terlebih dahulu jika berasa perlu berbuat demikian.ini kerana orang yang solat dalam keadaan menahan buang air kecil dan besar tidak akan memperoleh kekhusyukan.
10) Tidak berada dalam keadaan lapar atau terlalu kenyang kerana orang yang lapar hanya memikirkan untuk makan.Begitu juga dengan orang yang terlalu kenyang akan berada dalam keadaan yang tidak selesa dalam setiap pergerakkannya.
11) Kesihatan juga penting dan harus dijaga kerana badan yang sakit sukar untuk khusyuk ketika menunaikan solat.
12) ketika solat,sentiasa memandang ke arah tempat sujud,insyallah boleh mendatangkan khusyuk dalam solat.
13) Dalam suasana yang aman tanpa suara bising daripada kanak-kanak mahupun menerusi televisyen atau radio.
14) Sebelum solat,ambil wuduk dengan cara yang betul,jangan lupa doa mengambil wuduk.
15) Ingat pada ganjaran pahala bagi orang yang menjaga solat.
"Khusyuk dalam solat itu merupakan antara kunci yang penting untuk memberi kesan yang baik secara efektif kepada orang yang mendirikannya. Allah Ta‘ala menggelar mereka sebagai orang mukmin yang berjaya."
0 comments:
Post a Comment