Blogroll

Tuesday, 7 January 2014

09:16
Dua jiwa adam dan hawa ciptaan Allah ini tak dapat dipisahkan. Masing-masing ada kelemahan tersendiri, wanita lemah dengan pujukan lelaki dan lelaki lemah dengan pujukan wanita.

Keadaan fizikal wanita dan cara berpakaian wanita zaman kini amat membimbangkan, ada yang tak pakai tudung, ada yang pakai tudung tapi baju ketat dan jarang. Keadaan ini membuatkan lelaki lemah/lemas dibuatnya. 

Pergaulan wanita zaman ini amat membimbangkan baik gadis mahu pun dah jadi isteri orang. Hari ini terpangpang muka depan sebuah akhbar tabloid ‘Isteri durjana" siapa yang patut disalahkan .? suami isteri ataupun lelaki kedua.Sebab itulah kita berbalik kepada asal, bahawa carilah pasangan seperti yang digariskan oleh agama Islam. Tapi tak salah kalau nak pilih wanita yang tak pakai tudung, tapi si lelaki hendaklah menjelaskan bahawa bila dah jadi suri mestilah menutup aurat yang telah digariskan. Sebab itu lah lelaki zaman kini mestilah belajar ilmu agama Islam, kalau sekadar pakai songkok tetapi tidak solat ia memang tak bermakna.


Kelemahan wanita boleh diberbaiki sekiranya lelaki tak lemah ataupun lalai. Sebenarnya suami tak boleh lalai walau sesaat pun tentang isterinya, dari segi pergerakannya, beri perhatian, tunjukkan kasih sayang. Wanita sebenarnya kalau lelaki/suami berbuat baik,apa pun akan diberi.Tapi lelaki/suami ni kadang-kadang tak faham bahasa dan tak tahu langsung menghargainya, tak puas hati,masih nak cari wanita lain yang kononnya lebih baik.


Bila keadaan ini diketahui isteri, mulalah ada yang mengamuk sakan sampai nak bercerai berai, ada pula yang cuba mengadu dengan lelaki lain.Jadi bermulalah episod curah-mencurah perasaan, lelaki pun mula mengambil kesempatan, kononnya boleh nasihat,Sehingga kan ada yang sampai terlanjur.


Dalam hal ini semuanya lemah dan tewas dengan hasutan iblis. "Ya Allah" ampunkan lah dosa-dosa mereka-mereka yang lemah ini termasuk keluargaku. Wahai rakan-rakan ku, renung-renung kanlah siapa diri kita ini. Kita ini hanya dipinjamkan oleh Allah untuk sementara saja di dunia yang fana ini. Sampai masa Allah akan ambil kita entah bagaimana, tak dapat kita jangkaukan. Hanya ilmu dan amal yang akan kita bawa dan mengharapkan doa anak-anak kita menerangi pusara kita. Amin.



"Rasulullah s.a.w bersabda: apabila seorang suami memandang kepada isterinya dan isterinya memandang kepadanya, maka Allah akan memandang mereka dengan kasih sayang. Lalu bila suami memegang-megang tapak tangan isterinya, maka dosa-dosa mereka akan berguguran melalui jari jemari mereka. (Hadith Shahih)"



Next
This is the most recent post.
Older Post

0 comments:

Post a Comment