6 NASIHAT IMAM SYAFIE ( R.A ) BAGI ORANG YANG INGINKAN ILMU
1. KECERDASAN : Bermaksud pemikiran yang baik dan pantas. Kita hendaklah sentiasa mengasah tahap pemikiran kita agar dapat memahami ilmu yg dipelajari dengan mudah dan memiliki ingatan yang kuat.Antara yang boleh kita amalkan utk mengasah ingatan kita ialah sentiasa membaca Al-Quran dan berusaha menghafaznya. Dengan berkat hafaz Al-Quran, insyallah akan dimudahkan untuk mengingati ilmu-ilmu yang lain dan cepat faham apa yg diajar oleh guru kita.
2. PEMERHATIAN : Seorang penuntut ilmu semestinya perlu fokus dan ambil perhatian sepenuhnya kepada apa yang sedang dipelajari sama ada semasa dalam kelas ataupun semasa belajar bersendirian, barulah ia berkesan dan mudah difahami.
3. SEMANGAT DAN KESUNGGUHAN: Semangat dan kesungguhan juga sangat penting dalam menuntut ilmu untuk mencapai tahap yang diinginkan,iaitu untuk mencapai redha Allah dan demi agama Islam. Kita perlu paksa diri untuk menuntut ilmu agama,seperti yang kita tahu melakukan perkara baik juga menuntut ilmu agama memang banyak ujian dan cabarannya. Yang pertama sekali ialah "Malas"jadi memerlukan semangat dan kesungguhan untuk mengharunginya.
4. BEKALAN DAN BIAYA : Ramai ulama yang sanggup menjual harta benda mereka hanya untuk menuntut ilmu maka memerlukan pengorbanan dalam menuntut ilmu sama harta benda, berjauhan dengan keluarga, korban waktu dan sebagainya.
5.BERTEMAN DENGAN GURU : Menuntut ilmu perlu berguru agar ilmu yg dipelajari berlandaskan syarak dan tidak sesat,apabila berteman dengan guru, kita akan sentiasa diberi nasihat dan teguran jika ada kesilapan yg dilakukan maka insyallah kehidupan kita akn terkawal daripada perkara-perkara yang tidak baik.
6. MASA YANG LAMA : Menuntut ilmu perlukan masa yang lama..tidak munkin kita dapat menjadi orang yg alim dalam tempoh yang singkat…..kita kene luangkan masa untuknya…
Daripada : Wan Ahmad Hambali
0 comments:
Post a Comment